(14 photos)
Kompang or Membranophone in english is one of Malay traditional musical instrument. It is normally played among Malay Communities in traditional wedding ceremony, villagers gathering or official event involves Malay leaders. It is made of cow or goat leather attached on a circular wooden frame, fasten with nails.
Kompang atau Membranophone dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu alat muzik tradisional Melayu. Kompang selalunya dimainkan di kalangan masyarakat Melayu dalam majlis perkahwinan, perjumpaan masyarakat kampung atau acara-acara rasmi dihadiri pemimpin Melayu. Ia diperbuat dari Belulang iaitu kulit kambing betina atau lembu, dipasang pada bingkai kayu yang bulat atau disebut sebagai Baloh.
Bintulu 2014 Nikon D90 |
Bintulu 2014 Nikon D90 |
Construction of a Kompang consist of:
Binaan sebuah Kompang terdiri daripada:
Frame (Bingkai atau Baloh)
Leather (Belulang)
Tensioner Tool (Penyedak)
Tensioner (Sedak)
Nail (Paku)
Cloth or Copper Plate (Kain atau Plat Tembaga)
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
The making of Kompang starts with selection of wood to be used for the frame in order to ensure the frame is strong and durable. Kompang frame fabrication become easier nowadays with the help of machine, particularly Lathe machine.
Proses pembuatan Kompang bermula dengan pemilihan kayu bagi bingkainya untuk memastikan bingkai itu kukuh dan tahan lama. Pembuatan kompang pada masa kini lebih mudah dengan bantuan mesin terutama mesin pencanai.
The wood is cut according to approximate size of the Kompang. At this point the cut is rough using the chainsaw to save time.
Kayu dipotong mengikut anggaran saiz Kompang yang hendak dibuat. Pada peringkat ini kayu dipotong kasar menggunakan gergaji mesin untuk menjimatkan masa.
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
Firstly wax is applied to preserve the wood strength. The next step is to dry the woods. The woods are stacked in shade and dry place.
Kayu-kayu tersebut terlebih dahulu disapukan lilin untuk memelihara kekuatannya. Proses seterusnya adalah proses pengeringan kayu. Proses ini dilakukan dengan menghimpunkan kayu-kayu yang telah siap dipotong di tempat yang redup dan kering.
The woods left to dry for about 3 to 5 month depending on the weather and climate. Dried woods then attached to the Lathe Machine for carving process to shape the frame.
Kayu-kayu yang dijemur akan kering dalam jangkamasa 3 hingga 5 bulan bergantung kepada cuaca persekitaran. selepas kayu-kayu tersebut kering, proses akhir untuk membuat bingkai akan dilakukan dengan menggunakan mesin pencanai yang akan membentuk bingkai.
Lathe Machine is used to carve the Kompang frame. The application of this machine ease the making of the Kompang, besides saving plenty of time and energy.
Mesin pencanai digunakan untuk membentuk bingkai kompang. Penggunaan mesin ini memudahkan proses membuat kompang. Di samping memudahkan, ianya juga dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
Kebanyakan Kompang menggunakan kulit kambing dan juga lembu. Kulit yang digunakan dibuang bulunya menggunakan bahan kimia. Air kapur, abu, sodium sulfida dan ammonium sulfat adalah antara bahan yang digunakan. Kulit akan dibiarkan reput sedikit supaya bulunya senang tanggal.
Before the leather fitted into the frame, the frame surface must be smoothen to avoid sharp corners which could tear the leather.
Sebelum kulit dipasang pada bingkai, terlebih dahulu bingkai hendaklah dilicinkan dengan kertas pasir supaya tidak terdapat bahagian-bahagian tajam yang boleh menyebabkan kulit terkoyak.
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
The leather is fitted into the frame and tied with wire rope. Skill is required to string the leather to the frame and avoid it from tear.
Kulit dipasangkan pada bingkai dan diikat menggunakan dawai. kepakaran dalam menarik kulit supaya tegang adalah perlu untuk mengelakkan kulit dari terkoyak.
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
After the leather stretched and fit nicely, the leftover on the side are trimmed.
Setelah kulit betul-betul tegang dan berada pada keadaan yang baik, lebihan yang tinggal akan dipotong.
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
The final process is to nail the leather and finish the side trim.
Proses terakhir ialah mengemaskan sekeliling Kompang dengan kepingan tembaga dan dipaku. ia bertujuan untuk menutup lebihan kulit agar nampak lebih kemas dan berseni.
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
The next photo shows the completed Kompang. The Kompang rhythm maybe different each places. However, the originality of the instrument is preserved to date.
Gambar menunjukkan Kompang yang telah siap. Cara permainan Kompang adalah berbeza-beza mengikut tempat. walau bagaimana pun, keaslian muzik komang tetap terpelihara sehingga kini.
Bintulu 2015 Nikon D90, Nikon 28 mm |
Care of Kompang
Panduan penjagaan Kompang
Kompang must be placed with the leather surface facing up.
Kompang hendaklah diletakkan dengan permukaan belulang menghadap ke atas.
Remove the tensioner ring for the type of Kompang with tensioner to avoid the leather become stretched permanently.
Tanggalkan sedak bagi Kompang jenis bersedak untuk mengelakkan Kompang dalam keadaan tegang setiap masa.
The best is to keep the Kompang inside a cloth bag to protect it from environment.
Sebaiknya simpan kompang di dalam bungkusan kain untuk melindungi dari persekitaran.
Dry the Kompang under sun shine to preserve the leather.
Tegangkan belulang dengan menjemurnya di bawah cahaya matahari.
No comments:
Post a Comment